Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa..

Ku titipkan serangkap lagu yang dinyanyikan oleh Aris Ariwatan,

Khas Untuk Ayahanda yg Dikasihi,
Tuan Hj Mohd Tahir B Hj Amir,
Selamat Hari Bapa..

'Dua.. Lapar dan Dahaga rela berpayahan..
Setia nya AYAH.....'

Sesungguhnya anakmu ini sering lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Terkadang melukakan hati kecil mu.. Kadang mengguris perasaanmu, Pernah mengecewakanmu.. Namun di antara semua, aku paling menyanjungi mu & amat berbangga memiliki Ayah seperti mu.. Selamat Hari Bapa.. Doaku agar Bapa dipanjangkan umur & disihatkan selalu.. Amin..


Ku lakarkan serangkap lagu yang telah di popularkan oleh Seniman Agung Tan Sri P Ramlee,

Khusus Untuk Suami Tercinta,
Mohd Fadzil B Abd Karim,
Selamat Hari BAPA..

Tiada kata secantik Bahasa...
Untuk ku puji Kekanda..
Tiada gambar secantik Lukisan..
Untuk ku tunjuk Perasaan...

Semoga Abg panjang usia, dimurahkan rezeki yg berlipat ganda, bertambah cinta, setia & berbahagia di samping SYG n Putri kita...


Akhir sekali, Selamat Hari Bapa untuk Ayah Mentuaku, Abang-abangku, Abang-abang iparku dan semua insan yang bergelar dan akan bergelar Bapa di dunia ini.. Siapa pun panggilan- bapa, ayah, daddy, dad, papa & ... Happy Father's Day... May Allah Bless You.... Amin..

Thursday, June 18, 2009

Balik Kampung....

Hoorey....! kami mau balik SEMPORNA esok pagi.. di saat ini, saya baru sahaja selesai menidurkan Putri.. Barang belum siap packing pun tapi masih sempat lagi berblog... Just mau inform kami mau balik Semporna dalam masa beberapa jam lg dari sekarang...hihihi.. Jadi mungkin 1001 MALAM ini akan sunyi buat sementara waktu dalam 1 ke 2 minggu akan datang nie...

Tapi, harap2lah di sana broadband OK.. Jd blehlah story2 pa yang berlaku di sana..hehehe.. Sebenarnya, balik kali ni adalah special request from my parents and sisters coz sudah lama tidak balik...n diorang betul-betul rindukan Putri. Kebetulan Putri pun kurang sihat, jadi baik kami bawa dia balik ke sana untuk mendapat udara segar & nyaman berbanding udara jerebu di KK ni..huhu. Harap2 bila balik nanti flu dia ok...

That's all untuk hari ini... Selamat bercuti2 untuk Putri!!!

Wednesday, June 17, 2009

Sembuhlah cepat Sayang...........!!!

Sejak semalam lg Putri flu... kesian dia.. ntah dari mana la dia dapat sakit ni sdgkan orang dalam uma ni suma sihat jak... tiba-tiba hidung Putri berair lak.. Kesian anak ku... Kami dah bawa Putri ke Klinik Sihat jam 10 tadi. Tapi doktor cakap flu biasa saja & nasib baik Putri tidak demam.

Kesian anak ku sepanjang malam berjaga disebabkan keadaan pernafasannya yang tidak selesa. Mommy doakan supaya Putri cepat sembuh ya sayang......... Mommy sayang Putri!!!!!!!!! muuuaahhh!!

Saturday, June 13, 2009

Sangat CINTA....

Hm....... Putri sedang beradu pada masa ini jadi adalah sedikit ruang masa untuk saya meng 'update' kan 1001 MALAM ini. Di hujung minggu macam ni, saya masih lagi menghabiskan masa di rumah lantaran suami tercinta sentiasa sibuk mencari rezeki halal di luar.. ;) Terkadang masih terasa rindu kerana sering berjauhan sepanjang dia memulakan kerjaya baru yang lebih banyak dugaannya walaupun hakikatnya malam berjumpa jugak.. Maksudnya, cinta masih mekar lah...... hehehe...


Sesungguhnya, perasaan CINTA ini amat unik kerana terdapat banyak lagi perasaan tersirat di dalam perasaan cinta itu sendiri - sayang, rindu, geram, gerun, sedih, risau, marah, takut, cemburu...

Untuk insan yang aku cintai, ingin aku mendefinisikan perasaan-perasaan tersebut yang sering melanda bila kau tiada di sisi...

*Kadang GERAM bila handphone tdk dijawap / sms tdk dibalas..

*GERUN bila kamu katakan andainya aku sudah tiada........

*SEDIH bila teringat sudahkah 'kamu' ini makan sedangkan aku sedang makan tengahari di rumah..

*RISAU sekiranya aku kehilangan mu dari hidupku... :'(

*MARAH bila kamu terlewat sampai di rumah... ;/

*CEMBURU bila aku terpaksa berkongsi hari-hari mu dengan orang lain :'/

*Walaupun begitu, aku akan RINDU bila kamu tiada di sisi ku....

Tetapi, ada seribu macam lagi perasaan bila kita mencintai seseorang. Di sini saya ingin berkongsi beberapa TANDA WANITA ITU CINTA:-

1. Apabila wanita menyukai seseorang lelaki, biasanya mereka akan rajin menghubungi atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada si dia. Kadang-kadang bertanya khabar atau sekadar menghantar ayat manis...

2. Wanita akan lebih menunjukkan keprihatinan terhadap si dia. Jika lelaki itu mengalami masalah, mereka akan menjadi pendengar yang baik dan membantu sedaya upaya.

3. Lazimnya, wanita akan berkongsi dengan lelaki mengenai perkara yang berlaku dalam hidupnya hari-hari. Sama ada peristiwa gembira atau sedih. Jika hendak ke mana-manapun, kalau boleh mahu si dia menemani.

4. Apabila berjauhan dengan lelaki yang disukai, wanita akan kelihatan sedih saja. Maklumlah, menanggung rindu!

5. Ada juga wanita suka memberi hadiah kepada lelaki yang dipuja. Bukan hanya pada hari istimewa seperti hari lahir, pergi ke mana-manapun pasti mereka akan belikan cenderahati. Itulah tanda sayang!


MUTIARA KATA
'Berbahagialah kamu seandainya INSAN yang kamu cintai itu juga mencintaimu'

-candrahalilah-

Thursday, June 11, 2009

Putri menerima suntikan........

Setelah malam semalam Putri tidak jadi disuntik (disebabkan masalah teknikal di Klinik) ;) ,

Syukur Alhamdulillah pagi tadi Putri sudah menerima suntikan Vaksin INFANRIX (5) - (Diphtheria Pertusis (whopping cough), Tetanus, Poliomyelitis (polio), HIB dan Hepatitis B) yang wajib diambil oleh bayi setelah mencapai usia 5 hingga 6 bulan. Suntikan ini merupakan kali yang ketiga untuk Putri semenjak dilahirkan. Ia juga adalah suntikan yang terakhir sebelum Putri menganjakkan usia ke 1 tahun.. Doktor telah memberikan ubat tahan sakit & demam untuk Putri. Namun, setakat ini Putri masih lagi lincah seperti biasa dan belum ada tanda-tanda demam malah sedang tidur lena di tilam empuknya... ;) Betapa comelnya Putri ku ini....

Berat Putri kini mencecah ke angka 7.2kg, ukur lilit kepala 42cm dan ukuran panjang dari kepala ke kaki sepanjang 58cm. Seperti biasa, ulasan Doktor bahawa perkembangan dan tumbesaran Putri adalah pada aras yang normal (tidak over/underweigth)... Agungnya kasih Tuhan ku...


'Kupanjatkan setinggi kesyukuran kepada Mu ya Allah kerana menganugerahkan Putri untuk kami, yang menyerikan rumah kami, yang bisa mengubah malam ke siang dan siang menjadi malam (berjaga untuknya), yang amat mencuit hati.. Sesungguhnya inilah anugerah yang paling agung dalam dunia ini. Zuriat Cinta dari Tuhan yang Pengasih.......
'


Semoga Putri tidak mengalami demam seperti yang dikatakan Doktor yang berlaku pada bayi yang menerima suntikan berkenaan kebiasaannya...


-CandraHalilah MT-


Wednesday, June 10, 2009

Aku & Putri ku...

Sungguh panas cuaca hari ni... darjah kepanasan menunjukkan ke paras 35. Ada penghawa dingin pun macam tiada sudah. Bil elektrik semakin naik tapi gaji still sama.. Punya panas................... ;/ kulit pun rasanya semakin kering. Tapi, saya tetap bersyukur kerana masih ada teratak comel tempat kami berteduh dari hujan dan panas yg semakin menjadi-jadi ni.

Beginilah kehidupan aku dan Putri ku yang makin hari makin besar & comel. Sebentar tadi Putri sudah menghabiskan susunya 6oz seperti biasa... Sementara menunggu Putri 'berehat', rasanya teringin 'mengupdate' blog yg jarang saya kunjungi ini...

Hm, hari ini genap 5 bulan 1 minggu usia Putri. Sebenarnya hari ini ada temujanji dengan Doktor Irwan (Klinik Sihat Telipok) untuk tujuan Putri diberi suntikan (5-6bln). Tapi, memandangkan 'kekasih' saya sangat bz dengan kerjaya barunya, terpaksa lah temujanji itu di tunda ke malam ni. But still ok sebab the Doctor is very sporting...hehehe... Sorry ya Doctor... ;)

Ooopsss....the BOSS is Coming... nnt malam sambung balik...

-Candrahalilah-

Saturday, May 30, 2009

A Big Thank You to My Hubby...

Pemberian ini bukan untuk hari istimewa atau hari jadi.... sekadar untuk menyenangkan hati-kata my hubby yang tercinta.....thanx so much my Honey...








Setiap hari yang ku lalui bersamamu adalah hari istimewa bagiku......

dgn penuh Cinta,
CandraHalilah MT

Tuesday, May 26, 2009

Kenapa HAK kita selalu dipertikaikan...


Betapa susahnya bila kita berada di bawah yang diumpamakan sebagai timun. Yang dikatakan ingin menewaskan durian, di mana jua, di atas ka, di bawah ka, di depan atau di belakang, timun menghempap timun yang pecah, apatah lg kalau durian yang menghempap maka hancurlah si timun tadi..... hm, begitulah kisahnya yang menimpa aku... Sungguh tidak terlawan keputusan yang dibuat oleh pihak KPM (BPG) yang tidak meluluskan penangguhan & rayuan untuk memasuki KPLI ke sesi akan datang.. Saya di maklumkan oleh pihak BPG bahawa tiada sebarang penangguhan yang boleh dibuat sepanjang pengajian..


Terkesima saya mendengar ayat puaka tu... apa sudah jadi?...

Saya ini calon yang sudah lulus MTest & Temuduga dan sudah bergelar Pelatih KPLI ambilan Januari 2009!!! Namun begitu, disebabkan keadaan saya yang baru sahaja menjalani pembedahan ceasarean untuk melahirkan anak tahun lepas, saya telah dinasihati oleh pihak IPG untuk menangguhkan pengajian. Hal ini berlaku apabila saya berterus terang mengenai situasi saya yang masih belum 'fit' lagi untuk melakukan aktiviti lasak seperti program 'Bina Insan Guru'. Jadi, ini tidak bermakna saya dengan suka-suka untuk menangguhkan pengajian saya ditambah-tambah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang...

Tujuan utama saya adalah untuk tidak menyusahkan sesiapa terutama pihak IPG sendiri sekiranya berlaku sebarang implikasi ke atas diri saya. Di samping itu, pihak IPG sendiri menyatakan bahawa saya boleh dikecualikan dengan memohon penangguhan disebabkan baru sahaja menjalani pembedahan. Jd, mengapa pihak BPG tidak meluluskan penangguhan & rayuan saya? Adakah prosedur / peraturan pihak IPG dengan BPG tidak selaras? Kan kedua-duanya dalam kementerian yang sama.. Saya cuba bersikap jujur dengan berterus terang dengan niat tidak ingin menyusahkan sesiapa. Beginikah cara KPM untuk melahirkan insan yang bergelar GURU?

Terus-terang saya katakan, andainya saya tau memang tiada sebarang penangguhan boleh dibuat semasa dalam pengajian, saya sanggup bertahan sehingga siap diploma walaupun kesihatan saya tidak mengizinkan... Dan biarlah saya menipu & menyusahkan orang-orang di IPG tu daripada saya berputih mata begini!! Seumur hidup, inilah keputusan yang paling BODOH saya pernah buat iaitu mengikut nasihat pihak IPG. Ayat yang baru sahaja saya dengar minggu lepas bahawa TIADA SEBARANG PENAGGUHAN BOLEH DIBUAT samalah dengan maksud SAYA TELAH MEMBUANG KERJAYA SAYA...

Saya berasa amat-amat yang teramat terkilan kerana hal ini. Lulus MTest & Temuduga KPLI pada tahun lepas bukan lah disebabkan saya ini terlalu pandai. Tapi, ini adalah rezeki anak yang saya kandung pada masa itu.... Jd, wajarkah mereka mengambil rezeki anak saya? Fikir-fikirkan lah jika anda di tempat saya....

Tapi, nasi sudah menjadi bubur... menangis keluar airmata darah sekali pun, tawaran cuma datang sekali... bulan januari 2009 sudah pun melebarkan sayapnya meninggalkan saya. Saya pasrah dengan ketentuan Tuhan..

Saturday, May 16, 2009

Happy Teacher's Day

Teachers

Teachers
Paint their minds
And guide their thoughts
Share their achievements
and advise their faults

Inspire a Love
Of knowledge and truth
As you light the path
Which leads our youth

For our future brightens
With each lesson you teach
Each smile you lengthen
Each goal you help reach

For the dawn of each poet
Each philosopher and king
Begins with a Teacher
And the wisdom they bring

Happy Teacher's Day

Selamat Hari Lahir Mama....

Sedar tak sedar, 16hb Mei datang lagi berlabuh. Hari istimewa mama & kami seisi keluarga... Untungnya mama kerana dilahirkan pada hari guru & hakikatnya mama merupakan GURU pertama kami adik-beradik...

So far, masih belum diputuskan di mana untuk meraikan 'bufday' mama. Walauapapun, 'Selamat Hari Ulang Tahun yang ke 58 tahun mama'... Semoga mama dipanjangkan usia, disihatkan badan, dimurahkan rezeki & dirahmati Allah s.w.t... Kami sa....yang mama!

Thursday, May 14, 2009

SIGNS IF IT'S LOVE


HOW YOU WILL FEEL?
  • excited yet relaxed
  • vulnerable yet strong
  • comfortable enough to be urself
  • like you want to include him/her in everything
  • u’ll miss him/her when they’re not around
  • u can’t wait to see/talk with him/her
  • u’ll find urself wanting to make plans to have her/him all to urself..

TIPS B4 U COMMIT U R IN LOVE..

  • take the time to compare who u have or who u know deep down that u desire and deserve.likewise,compare the relationship u have with the one u know u really want.
  • pay attention to how they treat their friends,family,business associates and strangers.This is a good indication of how they’ll treat u over time and big insight into their overall character
  • ask urself how well u know them and how well they know u

Tuesday, May 12, 2009

Terlanjur Cinta


Waktu bergulir lambat merantai langkah perjalanan kita

Berjuta cerita terukir dalam menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis tetes embum basahi mata hatiku
Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetap cinta

Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan
Kau pertanyakan cintaku

Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta
Karna sekali cinta aku tetap cinta

-Rossa feat Pasha-

Putri 4 bulan 1 minggu sudah...


Hampir menganjak kan umur ke 4 bulan 2 minggu sebenarnya... Cepat masa berlalu... Putri semakin lincah dan memberi tindak balas/respon yang sangat baik... Dia sudah mengenali orang-orang yang dekat dengannya... mummy, daddy, atuk & nenek..


Kini bila dipanggil nama PUTRI, Putri sudah pandai menoleh ke arah suara yang memanggil... dan perkembangan yang terbaik pada bulan ini, Putri sudah pandai gelak besar2 (ketawa).. Betapa cutenya dia... Alhamdulillah, Putri tidak cerewet setakat ini...


Sungguh Putri ini sangat membahagiakan.. perilakunya semakin hari semakin mengiburkan kami suami isteri... Namun, antara kami berdua, sangat ketara Putri amat rapat & manja dengan daddy nya... Seharian tidak nampak daddy di sisi, Putri mula menunjuk rajuknya bila daddy balik daripada kerja.. Enggan ditegur & menegur.. Kuat merajuk rupanya anak mummy nie... :)


Hm, tetapi hakikatnya Putri amat mempersonakan... semakin hari, semakin chubby... :) Oh ya, hari terakhir kami menimbang beratnya pada 6hb mei lepas dan sudah mencecah 6.6kg... tidak over or under weight... Syukurlah... Semoga Putri sentiasa sihat dan cepat besar... Mom & Dad love you so much!!!!

updated by,
candrahalilah

Sunday, May 10, 2009

Syurga di telapak kaki ibu...

Dengan penuh Kasih & Cinta, kutujukan bingkisan jiwa ini khas buat,

Ibuku (Pn Hjh Asmah bt Tun Hj Sakaran),
Ibu mertuaku (Pn Hjh Hazizah bt Hj Abd Salam),
Kakak-kakak ku
-Pn Hjh Aminah HMT
-Pn Hjh Afsah HMT,
-Pn Mariani Tarin,
-Pn Uji Nani AR,
-Pn Hasmida AH
-Pn Zailah J....

& semua IBU2 di seluruh dunia....

-IBU-


'satu perkhabaran yang dikisahkan dibawa dari langit bahawa wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki,bukan dari kepalanya untuk dijunjung.. dan bukan dari kakinya untuk dipijak...tetapi dari rusuknya- dekat dengan hatinya, untuk disayangi dan dilindungi...

Pada situsi normal & logik akal- wanita itu dianggap lemah & sememangnya tidak berupaya kerana HAWA hanya dijadikan daripada salah satu tulang rusuk ADAM..

Telah ditakdirkan seorang ibu berasal daripada golongan HAWA yang lemah..
Namun ia boleh membawa sebuah kehidupan di dalam rahimnya...
Ia mampu melahirkan zuriat dengan tenaga kecilnya.. Bisa menyusui, membelai, mendidik, mengasuh, menyayangi, memujuk dan membesarkan anak dalam satu masa dengan sedikit kudratnya...

Itulah sebuah keajaiban yang dianugerahkan oleh tuhan kepada makhluk yang bergelar IBU... Tanpa ibu, siapalah aku.. dan tanpa ibu, tiadalah aku...
Sesungguhnya tiada satu apa pun yang boleh membayar pengorbanan agung seorang ibu terhadap anaknya... Melainkan doa anak-anak yang soleh & solehah..

Kepada ibu-ibu,
Berbanggalah kamu kerana telah ditakdirkan tuhan menjadi seorang ibu, Mengandung zuriat itu IBADAH, Melahirkan anak itu JIHAD dan membesarkan & mendidik itu telah dijanjikan SYURGA..

Sesungguhnya Syurga itu di telapak kaki ibu....

'SELAMAT HARI IBU'



setulus hati,
candrahalilah

Wednesday, May 6, 2009

Nothing's Gonna Change My Love For You

THIS SONG IS ESPECIALLY DEDICATED TO MY BELOVED HUSBAND - MOHD FADZIL


If I had to live my life without you near me

The days would all be empty, the night would seem so long

With you I see forever oh, so clearly


I have been in love before but it never felt this strong

Our dreams are young and we both know

They'll take us where we want to go

Hold me now, touch me now,

I don't want to live without you



Nothing's gonna change my love for you

You ought to know by now how much I love you

One thing you can be sure of

I'd never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for you

You ought to know by now how much I love you

The world may change my whole life through

But nothing's gonna change my love for you




If the road ahead is not so easy

Our love will lead the way for us, like a guiding star

I'll be there for you if you should need me

You don't have to change a thing

I love you just the way you are

So come with me and share the view

I'll help you to see forever through

Hold me now, touch me now

I don't want to live without you

Nothing's gonna...

Saturday, March 21, 2009

'HADIAH daripada TUHAN'

Mungkin tiada yang special utk dikatakan hari ni… Cukuplah sekadar menyatakan bahawa memiliki Putri umpama ‘Bulan Jatuh Ke Riba’.. Begitulah istimewanya Sara Fadzeelah bg saya…

Siang tadi kami telah membawa Putri menemui nenek & atuk sebelah daddy nya.. Bertuahnya Putri punya ahli2 keluarga yang amat menyayanginya.. Sesungguhnya Putri lah penyambung cinta kami suami isteri yang tambah mengeratkan hubungan saya dengan keluarga suami.. Putri sungguh membahagiakan…….Sekarang Putri sedang lena dibuai mimpi di katil peraduannya… umpama seorang putri, Putri memang dilahirkan sebagai putri dalam keluarga kami… senyum tawanya yang sudah mula berirama bisa melenturkan yang keras, mencairkan yang beku, menerangkan yang suram, merungkaikan yang kusut, merawat yang luka dan mententeramkan jiwa..

Terasa amat rugi sekiranya tidak merakamkan/menulis kebahagiaan bersamanya sepanjang waktu… Cuma, kdg kala keadaan selalu tidak mengizinkan bila Putri masih bangun dan saya mesti menemani nya..Putri kini sudah pandai tertawa riang… wajah halus, suci & bersih dari dosa ini selalu menginsafkan bahawa kerdilnya saya dlm dunia ini.. Tanggungjawab yang telah diamanahkan Tuhan ini bukanlah kecil & ringan. Ia adalah amanah besar yang harus disayangi, dicintai, dibelai, dididik, diasuh, disusui dan dilindungi.. Maha Besar ALLAH sesungguhnya..

Mungkin saya bukan ibu yang sempurna. Tapi, saya akan pastikan hidup Putri sempurna sebagaimana sempurnanya ‘Hadiah daripada TUHAN’ ini… Semoga Putri menjadi anak yang solehah, patuh kepada Tuhan & mentaati mamy & daddy. Semoga hidup Putri sentiasa d rahmati Allah SWT.. Amin..

setulus hati,
Candrahalilah

Saturday, March 14, 2009

Namanya SARA FADZEELAH...


Kelahiran seorang cahaya mata perempuan ini sungguh membahagiakan.. Hari demi hari saya merasa semakin bersemangat, ceria & bungaan cinta semakin mekar dlm rumahtangga kami… Syukur suami banyak membantu dalam membuat kerja2 rumah di samping bangun malam ketika baby kami berjaga… Penat yang dialami seakan tidak terasa bila memandang ‘Putri’ buah hati pengarang jantung.. Putri lah penyambung cinta suci kami…


Nama Sara Fadzeelah akhirnya menjadi pilihan kami suami isteri & kedua2 belah ibu bapa kami yg tercinta.. Sara bermaksud PUTERI, sementara Fadzeelah membawa erti KEMULIAAN YANG TINGGI. Selain itu, Fadzeelah juga adalah gabungan nama kami suami isteri FADZIL + HALILAH. Nama timangan nya pula adalah ‘Putri’…..


Hm…. saat ini Putri sedang tidur lena dalam buaian nya… Syukur Alhamdulillah Putri kini membesar dengan baik, perkembangan yang normal & sudah mula pandai memberi tindak balas yang amat membanggakan saya sebagai ibunya.. Baru beberapa hari yang lepas kami telah membawanya untuk menerima suntikan di Klinik Dr. Kuan Pui Seng (BABY & CHILD SPECIALIST) di Luyang. Berat Putri mencecah 5.2kg pada usia 69 hari (lebih kurang 2 bulan). Pada malamnya Putri mengalami sedikit demam panas tetapi tidaklah membimbangkan…


Emm..sesungguhnya Putri merupakan satu rahmat & anugerah dari Allah yang Maha Esa. Seluruh ahli keluarga amat menyayanginya.. terutama ibu, ayah & kedua2 ibu & ayah mentua. Mungkin disebabkan saya anak bongsu & suami pula anak sulung… jd, kehadiran nya memang dinanti2 kan… :-)
Benar kata org anak itu pembawa rezeki.. Selepas kelahiran Putri, saya telah mendapat tawaran untuk menjalani Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di daerah Keningau, Sabah. Selama 1 minggu saya berada di sana & berjauhan dengan permata hati membuat jiwa terasa sebak & sesak menjalani hari tanpanya. Namun, disebabkan kesihatan yang masih belum pulih seperti sediakala & memikirkan Putri yang masih terlalu kecil, saya telah membuat keputusan untuk menangguhkan pengajian ke tahun2 yg akan datang.. Demi Putri, saya sanggup berkorban apa saja.. Kelahiran nya cukup mengubah kehidupan saya sebagai seorang wanita daripada seorang isteri kepada ibu…

Untuk Suami Ku, terima kasih atas kasih sayang, cinta, pengorbanan & setia mu sepanjang perkahwinan kita. Sesungguhnya Abanglah suami & bapa yang terbaik dalam dunia ni..


Untuk anak sulungku Sara Fadzeelah Bt Mohd Fadzil, mommy amat menyayangimu.. semoga menjadi anak yang solehah, patuh kepada tuhan & taat kepada mommy & daddy… & Semoga nama PUTRI membawa seribu tuah & kebahagiaan pada mu. Amin..

Untuk Ibu bapa ku, tiada satu perkataan yang boleh menggambarkan terima kasih ku pada mu.. hanya tuhan yang dapat membalas segala-galanya.. Semoga ibu & bapa di panjangkan lagi usia, sihat walafiat & ceria selalu… amin..


dgn penuh kasih, -candrahalilah-
Candrahalilah

Monday, December 8, 2008

Zuriat...

Semakin hari, semakin terasa gentar & teruja untuk menjadi seorang ibu… satu rites de passage bagi seseorang yang bergelar wanita dan isteri…

my baby-23 week

my baby 23 weeks

kini sedang membilang hari untuk melahirkan anugerah dari illahi impian setiap makhluk yang bernama manusia… sungguh tidak terungkapkan dengan kata-kata, bahagianya perasaan di saat ini… mengusung & mengandung zuriat selama 9 bulan ini adalah satu pengalaman yang amat menyerikan hidup kami suami isteri…

ya Allah ya tuhanku, peliharalah anak dalam kandungan ku ini, jadikan ia anak yang soleh & solehah, sempurna & berakal….

jadikan ia secantik paras Nabi Yusof, semerdu suara Nabi Daud & sesabar Nabi Ayyub… sesungguhnya kami hamba mu hanya mampu merancang… & Kau yang menetapkan segala-galanya…. Amin…


setulus hati,
Candrahalilah