Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 13, 2009

Sangat CINTA....

Hm....... Putri sedang beradu pada masa ini jadi adalah sedikit ruang masa untuk saya meng 'update' kan 1001 MALAM ini. Di hujung minggu macam ni, saya masih lagi menghabiskan masa di rumah lantaran suami tercinta sentiasa sibuk mencari rezeki halal di luar.. ;) Terkadang masih terasa rindu kerana sering berjauhan sepanjang dia memulakan kerjaya baru yang lebih banyak dugaannya walaupun hakikatnya malam berjumpa jugak.. Maksudnya, cinta masih mekar lah...... hehehe...


Sesungguhnya, perasaan CINTA ini amat unik kerana terdapat banyak lagi perasaan tersirat di dalam perasaan cinta itu sendiri - sayang, rindu, geram, gerun, sedih, risau, marah, takut, cemburu...

Untuk insan yang aku cintai, ingin aku mendefinisikan perasaan-perasaan tersebut yang sering melanda bila kau tiada di sisi...

*Kadang GERAM bila handphone tdk dijawap / sms tdk dibalas..

*GERUN bila kamu katakan andainya aku sudah tiada........

*SEDIH bila teringat sudahkah 'kamu' ini makan sedangkan aku sedang makan tengahari di rumah..

*RISAU sekiranya aku kehilangan mu dari hidupku... :'(

*MARAH bila kamu terlewat sampai di rumah... ;/

*CEMBURU bila aku terpaksa berkongsi hari-hari mu dengan orang lain :'/

*Walaupun begitu, aku akan RINDU bila kamu tiada di sisi ku....

Tetapi, ada seribu macam lagi perasaan bila kita mencintai seseorang. Di sini saya ingin berkongsi beberapa TANDA WANITA ITU CINTA:-

1. Apabila wanita menyukai seseorang lelaki, biasanya mereka akan rajin menghubungi atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada si dia. Kadang-kadang bertanya khabar atau sekadar menghantar ayat manis...

2. Wanita akan lebih menunjukkan keprihatinan terhadap si dia. Jika lelaki itu mengalami masalah, mereka akan menjadi pendengar yang baik dan membantu sedaya upaya.

3. Lazimnya, wanita akan berkongsi dengan lelaki mengenai perkara yang berlaku dalam hidupnya hari-hari. Sama ada peristiwa gembira atau sedih. Jika hendak ke mana-manapun, kalau boleh mahu si dia menemani.

4. Apabila berjauhan dengan lelaki yang disukai, wanita akan kelihatan sedih saja. Maklumlah, menanggung rindu!

5. Ada juga wanita suka memberi hadiah kepada lelaki yang dipuja. Bukan hanya pada hari istimewa seperti hari lahir, pergi ke mana-manapun pasti mereka akan belikan cenderahati. Itulah tanda sayang!


MUTIARA KATA
'Berbahagialah kamu seandainya INSAN yang kamu cintai itu juga mencintaimu'

-candrahalilah-

No comments:

Post a Comment