Betapa susahnya bila kita berada di bawah yang diumpamakan sebagai timun. Yang dikatakan ingin menewaskan durian, di mana jua, di atas ka, di bawah ka, di depan atau di belakang, timun menghempap timun yang pecah, apatah lg kalau durian yang menghempap maka hancurlah si timun tadi..... hm, begitulah kisahnya yang menimpa aku... Sungguh tidak terlawan keputusan yang dibuat oleh pihak KPM (BPG) yang tidak meluluskan penangguhan & rayuan untuk memasuki KPLI ke sesi akan datang.. Saya di maklumkan oleh pihak BPG bahawa tiada sebarang penangguhan yang boleh dibuat sepanjang pengajian..
Terkesima saya mendengar ayat puaka tu... apa sudah jadi?...
Saya ini calon yang sudah lulus MTest & Temuduga dan sudah bergelar Pelatih KPLI ambilan Januari 2009!!! Namun begitu, disebabkan keadaan saya yang baru sahaja menjalani pembedahan ceasarean untuk melahirkan anak tahun lepas, saya telah dinasihati oleh pihak IPG untuk menangguhkan pengajian. Hal ini berlaku apabila saya berterus terang mengenai situasi saya yang masih belum 'fit' lagi untuk melakukan aktiviti lasak seperti program 'Bina Insan Guru'. Jadi, ini tidak bermakna saya dengan suka-suka untuk menangguhkan pengajian saya ditambah-tambah lagi dengan keadaan ekonomi sekarang...
Tujuan utama saya adalah untuk tidak menyusahkan sesiapa terutama pihak IPG sendiri sekiranya berlaku sebarang implikasi ke atas diri saya. Di samping itu, pihak IPG sendiri menyatakan bahawa saya boleh dikecualikan dengan memohon penangguhan disebabkan baru sahaja menjalani pembedahan. Jd, mengapa pihak BPG tidak meluluskan penangguhan & rayuan saya? Adakah prosedur / peraturan pihak IPG dengan BPG tidak selaras? Kan kedua-duanya dalam kementerian yang sama.. Saya cuba bersikap jujur dengan berterus terang dengan niat tidak ingin menyusahkan sesiapa. Beginikah cara KPM untuk melahirkan insan yang bergelar GURU?
Terus-terang saya katakan, andainya saya tau memang tiada sebarang penangguhan boleh dibuat semasa dalam pengajian, saya sanggup bertahan sehingga siap diploma walaupun kesihatan saya tidak mengizinkan... Dan biarlah saya menipu & menyusahkan orang-orang di IPG tu daripada saya berputih mata begini!! Seumur hidup, inilah keputusan yang paling BODOH saya pernah buat iaitu mengikut nasihat pihak IPG. Ayat yang baru sahaja saya dengar minggu lepas bahawa TIADA SEBARANG PENAGGUHAN BOLEH DIBUAT samalah dengan maksud SAYA TELAH MEMBUANG KERJAYA SAYA...
Saya berasa amat-amat yang teramat terkilan kerana hal ini. Lulus MTest & Temuduga KPLI pada tahun lepas bukan lah disebabkan saya ini terlalu pandai. Tapi, ini adalah rezeki anak yang saya kandung pada masa itu.... Jd, wajarkah mereka mengambil rezeki anak saya? Fikir-fikirkan lah jika anda di tempat saya....
Tapi, nasi sudah menjadi bubur... menangis keluar airmata darah sekali pun, tawaran cuma datang sekali... bulan januari 2009 sudah pun melebarkan sayapnya meninggalkan saya. Saya pasrah dengan ketentuan Tuhan..