Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 10, 2009

Syurga di telapak kaki ibu...

Dengan penuh Kasih & Cinta, kutujukan bingkisan jiwa ini khas buat,

Ibuku (Pn Hjh Asmah bt Tun Hj Sakaran),
Ibu mertuaku (Pn Hjh Hazizah bt Hj Abd Salam),
Kakak-kakak ku
-Pn Hjh Aminah HMT
-Pn Hjh Afsah HMT,
-Pn Mariani Tarin,
-Pn Uji Nani AR,
-Pn Hasmida AH
-Pn Zailah J....

& semua IBU2 di seluruh dunia....

-IBU-


'satu perkhabaran yang dikisahkan dibawa dari langit bahawa wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki,bukan dari kepalanya untuk dijunjung.. dan bukan dari kakinya untuk dipijak...tetapi dari rusuknya- dekat dengan hatinya, untuk disayangi dan dilindungi...

Pada situsi normal & logik akal- wanita itu dianggap lemah & sememangnya tidak berupaya kerana HAWA hanya dijadikan daripada salah satu tulang rusuk ADAM..

Telah ditakdirkan seorang ibu berasal daripada golongan HAWA yang lemah..
Namun ia boleh membawa sebuah kehidupan di dalam rahimnya...
Ia mampu melahirkan zuriat dengan tenaga kecilnya.. Bisa menyusui, membelai, mendidik, mengasuh, menyayangi, memujuk dan membesarkan anak dalam satu masa dengan sedikit kudratnya...

Itulah sebuah keajaiban yang dianugerahkan oleh tuhan kepada makhluk yang bergelar IBU... Tanpa ibu, siapalah aku.. dan tanpa ibu, tiadalah aku...
Sesungguhnya tiada satu apa pun yang boleh membayar pengorbanan agung seorang ibu terhadap anaknya... Melainkan doa anak-anak yang soleh & solehah..

Kepada ibu-ibu,
Berbanggalah kamu kerana telah ditakdirkan tuhan menjadi seorang ibu, Mengandung zuriat itu IBADAH, Melahirkan anak itu JIHAD dan membesarkan & mendidik itu telah dijanjikan SYURGA..

Sesungguhnya Syurga itu di telapak kaki ibu....

'SELAMAT HARI IBU'



setulus hati,
candrahalilah

No comments:

Post a Comment