
Kelahiran seorang cahaya mata perempuan ini sungguh membahagiakan.. Hari demi hari saya merasa semakin bersemangat, ceria & bungaan cinta semakin mekar dlm rumahtangga kami… Syukur suami banyak membantu dalam membuat kerja2 rumah di samping bangun malam ketika baby kami berjaga… Penat yang dialami seakan tidak terasa bila memandang ‘Putri’ buah hati pengarang jantung.. Putri lah penyambung cinta suci kami…
Nama Sara Fadzeelah akhirnya menjadi pilihan kami suami isteri & kedua2 belah ibu bapa kami yg tercinta.. Sara bermaksud PUTERI, sementara Fadzeelah membawa erti KEMULIAAN YANG TINGGI. Selain itu, Fadzeelah juga adalah gabungan nama kami suami isteri FADZIL + HALILAH. Nama timangan nya pula adalah ‘Putri’…..
Hm…. saat ini Putri sedang tidur lena dalam buaian nya… Syukur Alhamdulillah Putri kini membesar dengan baik, perkembangan yang normal & sudah mula pandai memberi tindak balas yang amat membanggakan saya sebagai ibunya.. Baru beberapa hari yang lepas kami telah membawanya untuk menerima suntikan di Klinik Dr. Kuan Pui Seng (BABY & CHILD SPECIALIST) di Luyang. Berat Putri mencecah 5.2kg pada usia 69 hari (lebih kurang 2 bulan). Pada malamnya Putri mengalami sedikit demam panas tetapi tidaklah membimbangkan…
Emm..sesungguhnya Putri merupakan satu rahmat & anugerah dari Allah yang Maha Esa. Seluruh ahli keluarga amat menyayanginya.. terutama ibu, ayah & kedua2 ibu & ayah mentua. Mungkin disebabkan saya anak bongsu & suami pula anak sulung… jd, kehadiran nya memang dinanti2 kan… :-) Benar kata org anak itu pembawa rezeki.. Selepas kelahiran Putri, saya telah mendapat tawaran untuk menjalani Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di daerah Keningau, Sabah. Selama 1 minggu saya berada di sana & berjauhan dengan permata hati membuat jiwa terasa sebak & sesak menjalani hari tanpanya. Namun, disebabkan kesihatan yang masih belum pulih seperti sediakala & memikirkan Putri yang masih terlalu kecil, saya telah membuat keputusan untuk menangguhkan pengajian ke tahun2 yg akan datang.. Demi Putri, saya sanggup berkorban apa saja.. Kelahiran nya cukup mengubah kehidupan saya sebagai seorang wanita daripada seorang isteri kepada ibu…
Untuk Suami Ku, terima kasih atas kasih sayang, cinta, pengorbanan & setia mu sepanjang perkahwinan kita. Sesungguhnya Abanglah suami & bapa yang terbaik dalam dunia ni..
Untuk anak sulungku Sara Fadzeelah Bt Mohd Fadzil, mommy amat menyayangimu.. semoga menjadi anak yang solehah, patuh kepada tuhan & taat kepada mommy & daddy… & Semoga nama PUTRI membawa seribu tuah & kebahagiaan pada mu. Amin..
Untuk Ibu bapa ku, tiada satu perkataan yang boleh menggambarkan terima kasih ku pada mu.. hanya tuhan yang dapat membalas segala-galanya.. Semoga ibu & bapa di panjangkan lagi usia, sihat walafiat & ceria selalu… amin..
dgn penuh kasih, -candrahalilah-
CandrahalilahNama Sara Fadzeelah akhirnya menjadi pilihan kami suami isteri & kedua2 belah ibu bapa kami yg tercinta.. Sara bermaksud PUTERI, sementara Fadzeelah membawa erti KEMULIAAN YANG TINGGI. Selain itu, Fadzeelah juga adalah gabungan nama kami suami isteri FADZIL + HALILAH. Nama timangan nya pula adalah ‘Putri’…..
Hm…. saat ini Putri sedang tidur lena dalam buaian nya… Syukur Alhamdulillah Putri kini membesar dengan baik, perkembangan yang normal & sudah mula pandai memberi tindak balas yang amat membanggakan saya sebagai ibunya.. Baru beberapa hari yang lepas kami telah membawanya untuk menerima suntikan di Klinik Dr. Kuan Pui Seng (BABY & CHILD SPECIALIST) di Luyang. Berat Putri mencecah 5.2kg pada usia 69 hari (lebih kurang 2 bulan). Pada malamnya Putri mengalami sedikit demam panas tetapi tidaklah membimbangkan…
Emm..sesungguhnya Putri merupakan satu rahmat & anugerah dari Allah yang Maha Esa. Seluruh ahli keluarga amat menyayanginya.. terutama ibu, ayah & kedua2 ibu & ayah mentua. Mungkin disebabkan saya anak bongsu & suami pula anak sulung… jd, kehadiran nya memang dinanti2 kan… :-) Benar kata org anak itu pembawa rezeki.. Selepas kelahiran Putri, saya telah mendapat tawaran untuk menjalani Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di daerah Keningau, Sabah. Selama 1 minggu saya berada di sana & berjauhan dengan permata hati membuat jiwa terasa sebak & sesak menjalani hari tanpanya. Namun, disebabkan kesihatan yang masih belum pulih seperti sediakala & memikirkan Putri yang masih terlalu kecil, saya telah membuat keputusan untuk menangguhkan pengajian ke tahun2 yg akan datang.. Demi Putri, saya sanggup berkorban apa saja.. Kelahiran nya cukup mengubah kehidupan saya sebagai seorang wanita daripada seorang isteri kepada ibu…
Untuk Suami Ku, terima kasih atas kasih sayang, cinta, pengorbanan & setia mu sepanjang perkahwinan kita. Sesungguhnya Abanglah suami & bapa yang terbaik dalam dunia ni..
Untuk anak sulungku Sara Fadzeelah Bt Mohd Fadzil, mommy amat menyayangimu.. semoga menjadi anak yang solehah, patuh kepada tuhan & taat kepada mommy & daddy… & Semoga nama PUTRI membawa seribu tuah & kebahagiaan pada mu. Amin..
Untuk Ibu bapa ku, tiada satu perkataan yang boleh menggambarkan terima kasih ku pada mu.. hanya tuhan yang dapat membalas segala-galanya.. Semoga ibu & bapa di panjangkan lagi usia, sihat walafiat & ceria selalu… amin..
dgn penuh kasih, -candrahalilah-


No comments:
Post a Comment