Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H

Satu muharram detik permulaan,
Perkiraan tahun ISLAM hijrah,
Perpindahan Nabi & umat ISLAM,
Dari kota Mekah ke kota Madinah...
Atas keyakinan & IMAN yang teguh,
Kaum Muhajirin & Ansar bersatu,
Rela berkorban harta & nyawa,
Demi menegakkan ISLAM tercinta..
Hijrah itu PENGORBANAN,
Hijrah itu PERJUANGAN,
Hijrah itu PERSAUDARAAN,
Hijrah itu membentuk PERPADUAN..
Oleh itu, mari semua..
Kita sambut MAAL HIJRAH..


Saturday, November 27, 2010

Bila Cinta ost 'Lagenda Budak Setan'


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Thursday, November 25, 2010

Sedangkan Pantai Lagi Berubah.....

Hati manusia kita tidak dapat jangkakan... Kenapa manusia berubah.... adakah disebabkan kesenangan & kesusahan yang dialaminya @ kelebihan & kekurangan yang kita ada.... Sesungguhnya setiap insan ingin kan kehidupan yang sempurna walaupun sememangnya tidak pernah bisa sempurna... Setiap yang berlaku ada hikmahnya... Diriku sedang menanti apakah hikmah itu.... Sabar menunggu, sabar menanti... saat yang boleh menunjukkan aku sudah sempurna.. Ayah & Ibu, moga berkat doa mu...aku akan bisa sempurna satu hari nanti... Dan...sesungguhnya doa ibu itu cepat sampai kepada tuhan...aku yakin itu.... :) Bersabarlah wahai HATI.... semoga kesempurnaan akan mengubat segala-galanya...




Wednesday, November 24, 2010

50 Perkataan Putri Tahu

Hari ni saya mau share 50 perkataan yang Putri tahu setakat ini - umur 1 tahun 11 bulan...

Daddy, Mummy, Atuk, Nenek, Kakak, Abang, Momom (Makan), Minum, Susu, Baby, Cheese, Barney, Woody, Rex, Monkey, Tubbies (Teletubbies), Upin, Ipin, TV, Mandi, Sleep, Cat, Dog, Lizard, Car, Bus, Lorry, minta, gigit, bantal, Bye-bye, two, sorry, baju, jangan, duduk, sini, meja, pen, book, jam, cow, goat, horse, phone, pampes, fish, boat, yaya (air) & OKEY..

syukur alhamdulillah, Putri dah pandai bercakap......

Monday, November 22, 2010

RESIPI PERKAHWINAN BAHAGIA

SELAMAT MENCUBA.......................

Bahan-bahannya:

2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama kita.

1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.

1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan

4 cawan rasa tanggungjawab

3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati.

2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.

2 cawan pati kemanusiaan.

2 cawan keyakinan diri masing2, dorongan dan sokongan.

1 cawan rasa kepuasan.

1 cawan budi bahasa.

1 cawan perasaan timbang rasa.

1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.

2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.

1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi.

2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.

4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)

Secubit campur tangan mertua

Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerja berpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya:

1. Kita adun dgn cermat semua bahan2 di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.

2. Isingkan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.

3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing2.

Peringatan:

Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikap dingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang. Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama di tempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa. Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.


sumber: http://khalsunshine.blogspirit.com/archive/2006/12/20/meanings-of-your-name.html

PETUA PERKAHWINAN BAHAGIA

Membina dan mengekalkan sebuah perkahwinan bahagia bukannya boleh dilakukan dalam sekelip mata. Ia memerlukan waktu dan hendaklah disusuli dengan usaha.

Sebenarnya, dalam melayari kehidupan rumah tangga, kita juga tidak boleh elak daripada berhadapan dengan bebanan kerja, kerenah anak-anak dan rutin harian. Tanpa sedar, keadaan itu membuatkan kita lupa untuk memelihara perhubungan dan beranggapan suami tidak kisah mengenainya.

Andai diri masih leka, hayatilah beberapa panduan di bawah khusus untuk mengingatkan anda mengenai pentingnya membina sebuah perhubungan yang bahagia. Mungkin, melalui panduan tersebut dapat membantu anda dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia selamanya.

Belajar berkomunikasi secara efektif

Komunikasi adalah kunci utama dalam sebuah perkahwinan atau perhubungan yang utuh dan sihat. Komunikasi yang efektif memerlukan anda menjadi seorang pendengar yang setia. Jangan segera memberikan pandangan. Dengar sahaja apa yang ingin diperkatakan pasangan anda. Jika perlu meluahkan sesuatu, luahkan apa yang anda rasa secara positif dan jujur.

Luangkan masa bersama

Andai diri tiada masalah untuk berkomunikasi dengan efektif, carilah masa untuk mewujudkan satu perbualan bermakna antara kamu berdua. Pastikan ia bebas daripada sebarang gangguan. Contohnya, untuk pastikan anda benar-benar berkomunikasi bersama pasangan, tutup dahulu televisyen yang ada di hadapan anda. Ataupun, ambil peluang berbual dalam suasana malam yang sunyi di rumah.

Pergaduhan secara adil

Jangan mengharapkan diri sentiasa bersetuju dalam semua perkara. Paling penting dalam menyelesaikan konflik yang timbul adalah dengan menghormati perasaan pasangan anda, biarpun ketika itu sedang bertengkar.

Biarkan suami/isteri tahu bahawa anda sedang menilai kata-katanya meski diri tidak bersetuju dengannya.

Cuba elak mengkritik, mencemuh, mengenepikan atau menolak pasangan ataupun pandangan mereka.

Jika diri berasa kecewa atau marah, tinggalkan perbualan itu dan sambung semula di masa yang lain.

Nota - Andai terasa diri mungkin akan mencederakan pasangan anda, segeralah berlalu dan biarkan dia bersendirian. Cuba dapatkan bantuan secepat mungkin.

Beri komitmen dalam perhubungan

Pastikan anda sentiasa mengutamakan perhubungan atau rumah tangga dalam kehidupan anda.

Sebuah perhubungan adalah satu usaha yang berterusan. Oleh itu, ia memerlukan perhatian dan usaha untuk berkembang. Tidak kira betapa sibuk pun diri anda, cuba luangkan masa berkualiti bersama walaupun terpaksa mengatur semula jadual dalam diari.

Raikan pencapaian diri masing-masing secara bersama. Sekiranya dihimpit kesusahan, berilah sokongan dan galakan kepadanya.

Luahkan rasa penghargaan anda

Ucapan terima kasih mungkin dilihat remeh, tetapi ia boleh membuatkan pasangan anda rasa dirinya istimewa dan dihargai.

Walaupun mungkin dia tahu bahawa kita mengambil berat mengenai dirinya, ia tidak menyakitkan untuk mengucapkan terima kasih biarpun untuk kerja yang dilakukan setiap hari seperti memasak, menidurkan anak atau membuang sampah.

Kekalkan gurauan dalam kehidupan seharian. Selalulah ketawa bersama pasangan. Kekalkan gurauan boleh melegakan tekanan dan tegangan. Malah, ia dapat membantu anda melalui saat-saat sukar bersama.

Belajar bertolak ansur

Bertolak ansur amat penting dalam apa juga perhubungan, terutamanya perkahwinan. Jika tidak bersetuju dalam sesuatu isu, bincanglah dalam keadaan yang tenang. Biarkan masing-masing menjelaskan pandangannya dan cari jalan penyelesaian setelah mengambil kira pandangan kedua-dua pihak.

Saling memaafkan

Dalam perkahwinan, ada ketikanya pasangan melakukan kesilapan atau berkata sesuatu yang melukakan hati, tidak kira ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Saat itu, tidak salah untuk anda berasa marah. Tetapi, biarkanlah kemarahan itu berlalu. Sebenarnya, jika berterusan memikirkan tentang kekecewaan tersebut, sukar untuk anda membina perhubungan yang penuh dengan kasih sayang.

Kekalkan kemesraan

Perhubungan selalunya romantik pada tempoh permulaan. Tetapi, apabila masa berlalu dan pasangan beralih perhatian dengan perkara lain seperti kerja, anak-anak, bil dan rumah - akhirnya mereka akan mengambil sambil lewa tentang diri masing-masing.

Buatlah pasangan anda rasa istimewa, lakukan sesuatu yang romantik walaupun hanya satu perkara yang kecil.

Contohnya, bawakan sarapan pagi di katil, sesekali keluar makan malam, berjalan di pantai atau berkelah.

Cuba cari masa untuk diri sendiri

Memang normal untuk pasangan mempunyai hobi, minat dan kawan yang berbeza.

Biarpun, hakikatnya menghabiskan masa berkualiti bersama itu penting, sesekali anda juga perlukan masa untuk bersendirian atau bersantai bersama teman-teman.

Dengan mencari masa untuk diri sendiri, anda sebenarnya akan lebih menghargai diri pasangan anda.

Akhir sekali, andai telah mencuba pelbagai cara tetapi masih mengalami kesukaran dengan perkahwinan atau perhubungan, cubalah dapatkan bantuan, tidak kira melalui terapi, kaunseling perkahwinan ataupun meminta pandangan daripada kawan-kawan yang mampu membantu.


sumber- http://www.srikasih.co.cc/2009/02/petua-perkahwinan-bahagia.html

Sunday, November 14, 2010

Bengkel Crumble bersama En Aziz Mohd Arif


Tempat: WISMA PENDIDIKAN, BANDARAN KOTA KINABALU
Tarikh: 14hb November 2010
Masa: 9.30 am-5.30 pm

akhirnya keinginan terlaksana, a big thanx to En Aziz B Mohd Arif...


Wednesday, April 21, 2010

Minat Ku di Sini.....


Sudah terlalu lama saya tidak meng'update blog ini.. sangat bz dgn kerja2 rumah & tugas sebagai isteri & ibu.... ;) Tapi, tidak banyak untuk dikatakan kerana banyak lagi kerja sedang menanti... Sesuatu yang istimewa bagi saya untuk dikongsi bersama kawan-kawan semua.... MINAT KU DI SINI.... ;)







updated; 21 april 2010 (10.35pm)

Monday, January 4, 2010

SELAMAT TAHUN BARU DUNIA....


Tahun 2009 telah pergi meninggalkan kita, kini tahun 2010 melabuhkan sayapnya. Azam tahun baru tahun ini tidak jauh berbeza dengan tahun lepas dan tidak melepasi makna kata dasar nya.. Amat diharapkan tahun ini bakal membawa tuah untuk kami sekeluarga.. Mudah-mudahan semua perkara dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.. Amin.

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA...

Thursday, December 31, 2009

Happy 1st Birthday Sara Fadzeelah





Masa yang berlalu umpama angin yang terus terbang meninggalkan waktu.. Laju bagi yang bosan dengan kehidupan seharian, tapi sangat lambat bagi seorang insan yang bergelar IBU seperti ku yang sudah satu tahun meninggalkan tempoh TERINDAH aku mengandungkan Putri...





SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG PERTAMA SAYANG..... semoga Putri membesar dengan kesihatan yang baik, murah rezeki, menjadi anak yang solehah, semakin cantik dan ceria selalu.... Amin...

Di hari lahir Putri yang pertama kali ini, Putri masih belum mengerti apa2 selain perkataan Mamam, Minum, Susu & Bye2... Tetapi, mommy tetap ingin menitipkan sesuatu di blog sepi ini untuk tatapan Putri pada masa akan datang yang pada ketika itu Putri sudah memahami bahawa Putri mempunyai Mommy & Daddy yg amat menyayangi diri mu...

Putri yang mommy sayangi, kelahiran Putri pada 31 dec 2008 menambahkan lagi cinta antara mommy n daddy yg sudah sekian lama bersemi. Kehadiran mu amat membahagiakan dan mempersonakan setiap jiwa yang pernah memandang mu. Syukur pada Allah kerana menganugerahkan kepada kami bayi yang sangat comel, cantik, manja & indah sepertimu yang tidak dapat diulaskan dengan kata2.. Paras mu sangat membelai jiwa & raga mommy.

Doa mommy, semoga Putri sentiasa memperoleh kebaikan di dunia & akhirat, dan sentiasa memiliki kebahagiaan & kegembiraan sepanjang hayat. Semoga kebahagiaan mommy menjadi milikmu dan kesengsaraan mu menjadi milik ku. Mommy amat menyayangi mu SAYANG.........

'SELAMAT HARI LAHIR SARA FADZEELAH...'

Monday, December 14, 2009

Undangan ke MAJLIS CUKUR JAMBUL & NAIK BUAIAN Sara Fadzeelah Mohd Fadzil

Assalamualaikum wbt..
Sukacita kami menjemput semua kaum keluarga dan sahabat-sahabat kami walau di mana jua anda berada, untuk menghadiri MAJLIS CUKUR JAMBUL & NAIK BUAIAN anak sulung kami SARA FADZEELAH @ PUTRI BT MOHD FADZIL pada ketetapan berikut;
Tarikh: 19 Disember 2009 bersamaan 2 Muharram 1431H.
Masa: 10.00pg - 12.00 tghari.
Tempat: Kediaman kami di Kampung Bubul, sebelah Petronas, Semporna.
Kehadiran anda adalah dialu-alukan & semoga menambahkan lagi seri dalam majlis ini.
'SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH'
Terima kasih
Candrahalilah Mohd Tahir
Mohd Fadzil Abd Karim
& Keluarga

Wednesday, November 11, 2009

BiLaKa PasTi BerKuNjUnG laGi...

Seperti yang berlaku tahun lepas di bulan ini jugak la aku menunggu sesuatu yang belum pasti.. ahh, bosannya.. Bertuahnya, aku masih ada Putri yang amat menghiburkan dengan kenakalan & kelincahannya yang semakin lumayan ketika ini...

Aneh sungguh penantian seperti ini boleh berulang untuk kali kedua dalam hidupku dan aku amat mengharapkan ia terlaksana jua akhirnya.. Segenap ruang pada tahun lepas amat padat dan sukar untuk memuatkan ia lagi. Tidak seperti tahun ini, keadaan tidak sesempit itu.. Harapan & doaku pada TUHAN, Ya ALLAH..... MAKBULKANLAH.......' sesungguhnya hambamu ini hanya mampu berusaha dan cuma Kau yang bisa menentukannya... amin..

Tertulis di kotak HaTi & MiNdA-
Tawau, 1238pm

Sunday, November 1, 2009

Selamat Pagi KL....

Hari ke 8 di KL...

Baru dapat blogging lantaran signal broadband yang sangat weak.. ;( tidak banyak perubahan di kota besar ini... masih seperti dulu. sewaktu aku melanjutkan pengajian di Menara Gading...UKM yang sentiasa di hati...

Alhamdulillah ayah ku tidak mengalami sebarang komplikasi kesan daripada rawatan yang telah dijalaninya di IJN.. Syukur juga ku panjatkan kepada TUHAN yang Maha Pengasih & Mengasihani kerana melanjutkan usia ayah... Melihat wajah ayah yang sudah tua, jiwaku diruntun pilu. Telah banyak pengorbanan yang ayah lakukan untuk membesarkan kami 7 beradik.. Ayah seorang yang amat tabah, penyabar & penyayang... Demi membesarkan anak-anaknya, ayah pernah menjual ayam kampung ternakan nya sewaktu kami hidup susah satu ketika dahulu.. Walaupun hasil jualan hanya RM20, wajah ayah sangat gembira kerana dengan wang itulah kami anak beranak boleh meneruskan hidup......

Benar...hidup umpama roda, kadang kita di bawah dan kadang pula di atas....... Kehidupan kini walau tidak semewah dan sekaya mana, ini adalah hasil titik peluh ayah yang pernah satu ketika dahulu mengorek isi koko untuk dijual.. Pengorbanannya amat kami sanjungi.. Keperibadiannya terlalu unggul untuk diceritakan kepada sesiapa... Syukur ku yang teramat banyak kepada Tuhan kerana memiliki seorang ayah sepertinya.... dan sungguh bertuah Ibu ku mempunyai suami sebaik ayah ku.......

Semoga rawatan lanjut ayah yang akan datang berjalan lancar... Semoga Allah melanjutkan usia ayah agar kami dapat membalas budi nya walaupun realitinya, tidak mungkin dapat kami balas sekalipun dengan memberikan semua emas yang ada di dalam perut bumi ini.. Yang pastinya, kami anak-anak ayah amat menyayangi mu... Kuatkan semangatmu untuk mengharungi hidup ini...

Hanya sebagai santapan minda di blog ku pagi ini..... Selamat Pagi KL........ Pukul 5:55 am di KL...seperti jam 4:55am d Semporna... dan 2 hari lagi kami akan balik bersama Ayah yang tercinta....... Moga Allah lanjutkan usia mu.......... amin................ xoxo

Thursday, October 15, 2009

OKTOBER yang MEMBAHAGIAKAN...

Setiap insan memiliki hari bahagia...tidak kisahlah hari apa..yang penting ia membuat Insan itu amat menghargai malah menunggu2 ketibaan hari tersebut.. Seperti diriku, aku mencintai bulan OKTOBER.. bulan yang penuh dengan rasa sayang & cinta terhadap seseorang... Di bulan OKTOBER, suami ku dilahirkan ke dunia pada tarikh 11hb pada tahun 1979... dan dlm bulan Oktober jugak aku diijabkabulkan dengannya pada 15hb tahun 2007.........

Sudah dua tahun berlalu...seperti baru semalam jari-jemari dihiasi inai.. Hari ini jari-jari itu teramat sibuk mengasuh Putri kesayangannya... Hasil CINTA suci...
Seringkali kedengaran sebuah puisi indah yang berbunyi

"telah dijadikan manusia Hawa daripada tulang rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung dan bukan dari kakinya untuk dipijak.. tetapi, dekat dengan hatinya untuk dicintai....."

Ditujukan khas buat Suami TerCINTA,
Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan kita yg Ke-2, semoga jodoh kita dipanjangkan Tuhan, dikurniakan anak-anak yg soleh & solehah... dimurahkan rezeki & terus saling mencintai & menyayangi antara satu sama lain... amin....

Sunday, October 11, 2009

Selamat Hari Lahir Suami ku....


'Lakaran di jiwa sangat menggambarkan cinta....
Degupan hati selalu berkata sayang...
Ungkapan bibir sering menjerit rindu...
Di sanubari hanya ada dirimu...'

Semoga Hari Lahir Abg Tahun ini membawa sejuta kemenangan, kejayaan & kematangan sebagai seorang insan yang membawa gelaran suami & ayah... amin..

Selamat Hari Ulang Tahun yg ke-30.... Semoga lebih sukses menjalani kehidupan ini... KAMI AMAT MENYAYANGI ABANG....


ikhlas,
ur sayang & ur princess

Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Lahir untuk Ayah ku..

13 Sept berlabuh lagi... syukur ku kepada Allah yang maha Esa kerana memanjangkan usia insan yang amat ku hormati, sayangi dan sanjung tinggi... Sesungguhnya tiada yang lebih bermakna drpd memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas anugerah Tuhan kerana Ayah adalah bapaku... Seorang ayah yang gigih, bersemangat kental, penyayang dan telah berjaya mendidik ku sehingga menjadi insan seperti hari ini... namun, sehingga kini, aku masih belum mampu untuk membalas jasa mu... dan mungkin sampai bila2 pun, jasa mu tidak dapat ku bayar walau dgn emas yg ada dlm perut bumi ini.... Sesungguhnya kaulah Bapa yang paling terbaik dalam dunia ini...

Di kesempatan ini, anakanda ingin melakarkan sedikit coretan ringkas tapi amat bermakna dan ikhlas dari hati-

'Selamat hari ulang tahun yang ke 62 untuk Bapa ku... ( Tn Hj Mohd Tahir B Hj Amir) Semoga Allah melanjutkan lagi usia bapa, disihatkan tubuh badan dan ceria selalu... ' Amin ya rabbal alamin....

Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan........

Bulan yang penuh BERKAH datang lagi..... Bulan yang sangat dimuliakan oleh para Nabi dan umat Islam di seluruh pelosok dunia.. Bulan yang membawa sejuta pengertian.. Bulan kita berlumba-lumba untuk mengejar pahala & menghapuskan dosa...

Untuk Saudara-saudara ISLAM ku, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN... mari bersama menunaikan RUKUN ISLAM yang ketiga... mudah-mudahan mendapat berkah & pahala berlipat ganda... Amin...

Friday, July 31, 2009

Happy 7th Months Old Sweetheart.....


Hari ni genap 7 bulan umur PUTRI... ;) Tiada sesuatu apa yang dapat menggambarkan perasaan sebagai IBU... Hanya SATU perkataan yang dapat diungkapkan ialah - BAHAGIA...SELAMAT

UNTUK PUTRI KU.. Mommy amat menyayangimu.. Sekarang hanya tinggal lima bulan lagi untuk Putri menganjakkan usia ke SATU tahun... Semoga Putri panjang umur & Sihat selalu...












Mommy loves you so much!!!

Monday, July 13, 2009

Antara Hati & Lidah, mana lebih BERBISA?

Terkadang, makhluk yang dipanggil manusia ini menyimpan pelbagai perasaan yang sudah tergolong dalam penyakit hati... kenapa ya... manusia sentiasa tidak berpuas hati dengan dirinya, kehidupannya / segala-galanya.. kenapa ya perlu ada perasaaan iri hati, dengki, amarah, benci, dendam & busuk hati...? Mungkin kedengaran PELIK topik saya pada kali ini... sebenarnya di sini saya ingin berkongsi pengalaman di samping mengulas & mengimbas kembali blog yang telah di post oleh my lovely cuz, Ezy yang bertajuk KHAS DITUJUKAN BUAT SI TUTT...
Saya tidaklah mau membuka aib orang tapi ini hanya untuk berkongsi akal & kemampuan kita berfikir sebagai manusia NORMAL yang mempunyai nilai, adat resam, agama, kepercayaan, sebagai bonus pernah belajar di sekolah (tidak kira la sekolah rendah or tinggi), mampu berfikiran waras atau tidak gila... ;) n sekurang-kurangnya pandai membaca la... kalau salah satu daripada apa yang saya senaraikan ini ada, boleh la anda meninggalkan komen & saya amat mengalu-alukan... dan sebagai PERINGATAN siapa makan cili, dia terasa pedas..
Penyakit hati ni sebenarnya bukan saja di alami oleh orang susah, senang, kaya, miskin, bodoh, pandai atau Pagan... tetapi setiap golongan pun menghadapi penyakit ini sekalipun orang berpendidikan tinggi / mempunyai agama (tidak kisahlah agama apa) sebab bagi saya setiap agama pun mengajar ke arah kebaikan tapi, terpulanglah kepada sesuatu umat atau jemaah bagaimana cara untuk menginterpretasikan dan mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian sebagai bekalan untuk dunia & akhirat..
Tapi, sebagai manusia yag dikurniakan satu aset yang paling berharga iaitu AKAL pun sudah cukup untuk menjadikan kita ini makhluk yang Brilliant orang PUTEH cakap... ;) Jadi adakah dengan bekal akal fikiran ini tidak cukup untuk anda yang menghadapi PENYAKIT HATI? Mari kita Muhasabah diri balik.. Benarkah kita ini tidak menghidap penyakit tersebut..? Sedarlah wahai manusia, bersyukurlah dengan setiap PEMBERIANNYA...
Sifat-sifat dengki, sombong, cemburu & tinggi diri amatlah dibenci oleh ALLAH s.w.t.. Jangan kerana setitik nila, rosak susu sebelanga... ;) Bila penyakit hati ini sudah menyerang, maka ia akan menjalar ke lidah yang boleh mengakibatkan orang lain tersinggung, terasa ataupun berkecil hati sedangkan kita sama-sama makhluk TUHAN yang lahir ke dunia tanpa membawa apa-apa... Maka, bonuslah bagi mereka yang lahir sebagai anak raja...
Okey, berbalik kepada LIDAH- saya ingin berkongsi satu peribahasa yang cukup Masyur dalam masyarakat Melayu iaitu TERLANJUR PERAHU BOLEH BERUNDUR, TERLANJUR KATA BURUK PADAHNYA... dan satu lagi - BIAR MATI ANAK, JANGAN MATI ADAT... bukan sahaja Agama, malah ADAT juga memainkan peranan penting kerana bila dengki menjalar ke lidah, seterusnya akan musnahlah ADAT...
Berdasarkan agama wahyu kita iaitu ISLAM,
Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya, api nerakalah yang layak untuk dirinya." (Hadis riwayat Baihaqi). Jika sudah banyak dosa, maka tentulah neraka yang paling layak untuk si mulut murai ini, seperti sabda Rasulullah SAW, "Tidaklah dihumban muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelik) lidahnya." (Hadis riwayatAt-Tarmizi)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik, atau diam." (Riwayat riwayatBukhari dan Muslim)
Konklusinya antara hati & lidah ini sangat berkait rapat. Sebagai teladan dan panduan kita bersama, adalah lebih baik kita menjaga diri daripada diserang penyakit-penyakit hati kerana amat buruk padahnya..
Seperti yang diulaskan oleh Ezy dalam blognya My Precious - aku yang ndak kawin dia pulak yang risau... sebaliknya berlaku pada saya... aku yang kawin, dia yang sakit...
Sedarlah wahai manusia.. hidup cuma sementara.. ada manusia menunaikan solat lima waktu tapi masih tidak menyedari berpenyakit hatinya.. janganlah terus menerus merasa diri sangat sempurna kerana kita hanya manusia biasa.. merendahkan orang lain sama lah juga hal nya merendahkan ciptaan YANG MAHA ESA... wallahualam...
Semoga PENGHINAAN mu membawa sejuta PAHALA untuk ku...amin..
(utk ezy- kahwin / tidak, sama sahaja... semua orang tidak akan pernah BERPUAS HATI.. kerana kita adalah golongan WANITA Hebat YANG WAJAR DICEMBURUI... ;) )

Friday, July 10, 2009

Putri oh Putri..

Putri semakin hebat berjalan menggunakan walker hadiah daripada atuk n nenek sebelah mommy nya.. Thanx a lot to my Parents... Pada hari pertama menggunakan walker Putri cuma seronok bermain dengan Toys yg ada pada walker tersebut... tetapi, kini dia semakin sibuk mempelajari sesuatu yg baru iaitu meluncur dgn walkernya..

Perkembangan Putri yang saya ingin kongsi kali ini ialah berat Putri sekarang mencecah 8.1kg!!! OMG... my Princess growing up so fast.. Alhamdulillah.... Mudah2an Putri sentiasa sihat dengan perkembangan yang baik.. Sebagai ibunya, saya amat berbangga memiliki Putri yang cerdik, comel, cute, mencuit hati, tidak cerewet & sangat menghiburkan..

Sekarang tengah bz packing barang2 untuk pindah ke Tawau... tanah tumpah darah ku... hihihi.. semoga hijrah kali ini membawa seribu kemanisan dalam hidup kami sekeluarga... tp, rehat jap juz untuk update 1001 malam.. ok... will be continue.. hugs... ;) adiyos..